Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3 Mula Dikreditkan
Bayaran bagi bantuan tunai bagi STR Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini boleh dilakukan melalui portal MySTR. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif bantuan kewangan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.
Ikuti perkongsian yang kami sediakan dibawah berkaitan dengan pembayaran STR fasa 3 yang akan dikreditkan ogos ini.
Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan
Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3
Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024 (Berkemungkinan akan dikreditkan dalam awal bulan Ogos 2024)
- Fasa 4 : November 2024
Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.
Baca Juga: Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41~Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Jadual Lengkap Bayaran STR Fasa 3 Ogos
Senarai Bank | Jangkaan Masa |
BSN | Selepas 6 Petang |
MAYBANK | Selepas 9 Malam |
BANK MUAMALAT | Selepas 10 Malam |
AFFIN BANK | Selepas 8 Malam |
RHB | Selepas 9 Malam |
CIMB BANK | Selepas 9 Malam |
BANK ISLAM | Selepas 8 Malam |
AMBANK | Selepas 8 Malam |
Kaedah Pembayaran STR Fasa 3
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Semakan Bayaran STR Fasa 3: Tarikh Bayaran & Semakan Status
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Anda mungkin berminat: Tarikh Bayaran Pencen Bulan Julai 2024
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM atau rujuk sumber berikut:
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 (https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2024.pdf)
- Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL. (https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/JADUAL%20PERKHDIMATAN%20KAUNTER%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%202024.pdf)