STR Bujang 2024: Jumlah Bayaran Bantuan STR Bujang 2024
Berita baik untuk golongan bujang, anda kini boleh membuat semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang bagi tahun 2024!
Dengan adanya bantuan STR dari kerajaan perpaduan kali ini dapat meringankan beban golongan bujang bagi menampung keperluan hidup.
Jadi, sudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini?
Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2024 dan tarikh pembayaran ke akaun penerima.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagi tahun 2024, Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa peruntukan bagi STR akan dinaikkan sebanyak RM2 bilion menjadi RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun 2023.
Selain itu, kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerim sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024.
Jumlah ini merupakan sedikit peningkatan daripada jumlah RM3100 yang diberikan pada tahun 2023.
Syarat Kelayakan STR Bujang
Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i) Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Jumlah Bayaran STR 2024 Bagi Kategori Bujang
Jumlah bayaran bantuan tunai ini bagi penerima berstatus bujang yang layak adalah : RM350.
JUMLAH YANG AKAN DITERIMA OLEH KATEGORI BUJANG DALAM FASA 1 STR
JUMLAH YANG AKAN DITERIMA OLEH KATEGORI BUJANG DALAM FASA 2 STR
Untuk makluman, penerima STR Bujang berusia 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun berpendapatan RM2500 ke bawah akan menerima amaun sebanyak RM100 bagi Fasa 2.
Manakala bagi warga emas tiada pasangan berumur 60 tahun dan ke bawah dengan pendapatan RM5000 atau kurang akan menerima RM150.
Sila rujuk jadual di bawah:
Kadar Bantuan Keseluruhan STR Bujang
Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:
1. Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
- RM2,000 : 3 – 4 Anak
- RM1,500 : 1 – 2 Anak
- RM1,000 : Tiada Anak
2. Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
- RM1,000 : 3 – 4 Anak
- RM750 : 1 – 2 Anak
- RM500 : Tiada Anak
3. Warga Emas Bujang
- RM600
4. Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)
-
- RM350
Untuk makluman anda juga mulai tahun 2024, penerima STR Bujang yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
NOTA: Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
- Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Tarikh Bayaran STR Bujang 2024
Penerima bantuan tunai 2023 bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam fasa berikut:
- Fasa 1 (29 Januari 2024)
- Fasa 2 (3 April 2024)
- Fasa 3 (Ogos 2024)
- Fasa 4 (November 2024)
Harap maklum bahawa tarikh ini bagi pembayaran STR Bujang 2024 bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 ini juga tertakluk pada perubahan semasa.
Semakan Status/Kelayakan STR Bujang 2024
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
- Layari Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
- Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.
Contoh status LULUS akan tertera seperti paparan di bawah:
Contoh status permohonan masih DALAM PROSES:
Cara Permohonan
Pendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masih dibuka.
Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:
PanduanPenggunaSTR_PermohonanBaharu [DOWNLOAD]
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM atau rujuk sumber berikut:
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 (https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2024.pdf)
- Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL. (https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/JADUAL%20PERKHDIMATAN%20KAUNTER%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%202024.pdf)