MyLesen B2 JPJ-Permohonan Lesen Percuma Tahun 2024

Photo of author

By Admin

MyLesen B2 JPJ – Permohonan Lesen Percuma Tahun 2024

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meneruskan lagi program MyLesen B2 Tahun 2024.

Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.

Program ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024, dipohon tuan/puan untuk mengisi borang penyertaan ini.

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024, sila teruskan membaca perkongsian ini.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

MyLesen B2 2024

Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan.

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.

photo 2024 08 14 11 44 22

Baca Juga: Tarikh Bayaran PERKESO Bulan Ogos 2024 (Pencen/Faedah)



Permohonan Program MyLesen B2 2024

Impak Program :

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

KUOTA 35,000 PESERTA !!!

bantuan lesen

Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2024

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
  3. Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  4. Sihat Fizikal Dan Mental
  5. Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
  6. Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

photo 2024 08 14 11 34 40



Syarat Penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 (Peserta)

  1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  3. Sihat fizikal dan mental.
  4. Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  5. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  12. Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.

Tarikh Tutup Permohonan MyLesen B2 2024

Program akan berlangsung dari Februari hingga Oktober 2024. Walaubagaimanapun, pendaftaran akan dibuka sehingga kuota sejumlah 35,000 peserta terpenuhi.

Borang Pendaftaran

Untuk mendaftar, sila scan QR code dalam poster di bawah atau klik melalui pautan yang disediakan: (KLIK SINI)

bantuan lesen

*(Sila scan menggunakan Google Lens)

Artikel Berkaitan: STR Bujang 2024: Jumlah Bayaran Bantuan STR Bujang 2024

Cara Memohon MyLesen B2 JPJ 2024





Proses permohonan untuk MyLesen B2 JPJ 2024 adalah sangat mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian.

Anda hanya perlu melayari laman web rasmi JPJ dan mengisi borang permohonan yang disediakan.

Pastikan anda menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.

Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.

JPJ akan mengatur jadual latihan anda dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di alamat emel: [email protected] atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.

DAFTAR SEKARANG !!

Leave a Comment