Kenaikkan Gaji Penjawat Awam Tahun 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam hari ini, yang dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi kakitangan awam di seluruh negara.
Pengumuman khas dan perincian mekanisme pengiraannya yang berkaitan dengan kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam telah dibuat oleh kerajaan pada 16 Ogos 2024 semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2 – PM Datuk Seri Anwar Ibrahim
Berikut dikongsikan info terkini berkaitan kenaikan gaji yang diumumkan oleh pihak Kerajaan bagi tahun 2024.
Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan
Kenaikkan Gaji Penjawat Awam Tahun 2024
Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013.
Datuk Seri Anwar turut memberi jaminan akan menawarkan apa jua perkara yang munasabah dan adil untuk penjawat awam di negara ini.
Julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh penjawat awam adalah di antara 16.8 peratus hingga 42.7 peratus, mengambil kira faedah berganda.
Berikut adalah pengumuman terkini yang disampaikan oleh Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Baca Juga: MyLesen B2 JPJ-Permohonan Lesen Percuma Tahun 2024
TARIKH PELAKSANAAN & FASA PELARASAN GAJI SSPA 2024-2026
- Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
- PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
- Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2
- Pelarasan gaji Pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2
Pelarasan gaji akan dilaksanakan secara 2 fasa untuk mengelakkan inflasi.
Kumpulan Pelaksana dan pengurusan profesional :
- Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 8%
- Fasa 2 (1 Jan 2026) : 7%
Kumpulan Pengurusan Tertinggi :
- Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 4 %
- Fasa 2 ( 1 Jan 2026) : 3 %
Simulasi jumlah pendapatan bulanan selepas kenaikan gaji :
Simulasi jumlah pendapatan bulanan selepas kenaikan gaji :
Kenaikkan Gaji Penjawat Awam Tahun 2024-Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA)
Jom kira gaji baharu anda!
Untuk makluman, Kalkulator Gaji SSPA boleh diakses di pautan : https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php
Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA) : https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php
Artikel Berkaitan: Tarikh Bayaran Pencen Bulan Ogos 2024~Bayaran Pencen Pesara 2024
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk menonton LIVE Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Madani 2024 (MAPPA XIX), sila ikuti :
- FB Live Jabatan Perkhidmatan Awam (https://www.facebook.com/myjpa)
- TV1 RTM https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1