Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Tahun 2024 Mengikut Kategori

Photo of author

By Admin

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Kerajaan telah mengumumkan pembayaran STR Fasa 3 akan bermula pada 29 Ogos 2024 ke akaun penerima secara berperingkat.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Berikut kami kongsikan info info penting berkaitan dengan bayaran STR fasa 3 yang akan disalurkan minggu ini kepada penerima.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

STR Fasa 3: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kerajaan menyalurkan bantuan kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

photo 2024 08 26 14 13 25

Artikel berkaitan: MyLesen B2 JPJ-Permohonan Lesen Percuma Tahun 2024

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan 29 Ogos 2024 seperti yang telah dikemaskini dan diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia.

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : 29 Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Berikut adalah jumlah bayaran untuk bantuan STR Fasa 3 pada 29 Ogos 2024 nanti:

photo 2024 08 26 14 13 26

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3 2024

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

photo 2024 08 26 14 13 28

Semakan Status Bayaran STR Fasa 3 2024

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
  5. Nama pemohon
  6. No Mykad pemohon
  7. Status permohonan
  8. Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  9. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  10. Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

status str layak fasa 1 1 3

Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2024

Kerajaan mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2024 akan disalurkan ke akaun penerima pada 29 Ogos 2024 (Khamis) nanti.

Untuk penerima baharu dan rayuan STR akan menerima bantuan pada 18 September 2024 (Rabu) bulan depan.

Berikut infografik yang disediakan oleh Kementerian Kewangan MOF berkaitan dengan pembayaran STR fasa 3.

photo 2024 08 26 14 13 27

Baca Juga: Kenaikkan Gaji Penjawat Awam Tahun 2024-Cara Kira Gaji Penjawat Awam (SSPA)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM atau rujuk sumber berikut:

Leave a Comment