Tarikh Bayaran PERKESO Bulan Ogos 2024 (Pencen/Faedah)

Photo of author

By Admin

Tarikh Bayaran PERKESO Bulan Ogos 2024 (Pencen/Faedah)

Untuk makluman, PERKESO atau SOCSO menyediakan bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang ditimpa malang.

Berikut dikongsikan tarikh bayaran bulanan PERKESO bagi tahun 2024 seperti yang tertera di portal rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Pengenalan Tentang PERKESO

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk mengurus, melaksana, dan menegakkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 serta Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Pada 1 Julai 1985, PERKESO dinaik taraf kepada badan berkanun, dan mulai 1 Januari 1992, ia mula melaksanakan sistem saraan sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.

kaunter perkeso

Artikel Berkaitan: Tarikh Bayaran Pencen Bulan Ogos 2024~Bayaran Pencen Pesara 2024



Bayaran Faedah PERKESO

Seperti yang kita sedia maklum, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.

Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi

  • sumber terkumpul,
  • perkongsian risiko, dan
  • penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021 (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).

Untuk makluman, bayaran PERKESO 2021 adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu

  1. Skim Bencana Pekerjaan.
  2. Skim Keilatan.

Kategori Yang Layak Terima Bayaran PERKESO Bulan Ogos 2024





1. Skim Keilatan:

  • Perlindungan bagi individu yang dianggap menghidap keilatan selepas keuzuran yang tidak dapat diubati atau tidak mungkin sembuh.
  • Syarat: Tidak mampu mencari nafkah dengan pekerjaan yang sepadan, setidak-tidaknya pada satu pertiga keupayaan pekerja normal.
  • Perlindungan 24 jam dari keilatan atau kematian akibat sebab-sebab tidak berkaitan dengan pekerjaan.

2. Skim Bencana Pekerjaan:

  • Perlindungan bagi pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit khidmat yang berasal dari pekerjaannya.
  • Termasuk kemalangan semasa dalam atau berhampiran tempat kerja semasa keadaan kecemasan.

3. Penyakit Khidmat:

  • Penyakit yang berpunca daripada atau terbit daripada pekerjaan, seperti yang disenaraikan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
  • Contoh: Hilang pendengaran akibat tekanan bunyi tinggi yang berterusan, atau penyakit asma disebabkan oleh pendedahan berterusan kepada habuk atau bahan kimia berbahaya.

Semua yang disenaraikan di atas layak untuk menerima bayaran PERKESO 2024 berdasarkan skim-skim faedah keselamatan sosial yang diperkenalkan.

Tarikh Bayaran PERKESO Bulan Ogos 2024

Oleh itu, kini pihak PERKESO telah mengeluarkan jadual terkini untuk bayaran faedah / pencen PERKESO bagi tahun 2024.

Kadar caruman ini ditentukan berdasarkan gaji bulanan anda. Sebagai contoh, jika gaji melebihi RM1,400 tetapi tidak melebihi RM1,500, kadar caruman anda adalah sebanyak RM32.6 sebulan.

Kadar caruman tersebut dikongsi melalui syer majikan dan syer pekerja. Untuk info lanjut berkenaan hal ini, anda boleh rujuk jadual kadar caruman di sini.

Tarikh bayaran PERKESO 2024 adalah seperti ketetapan jadual berikut:

Bil Bulan Tarikh Bayaran Faedah Hari Catatan
1. Januari 31 Januari 2024 Rabu
2. Februari 01 Mac 2024 Jumaat
3. Mac 01 April 2024 Isnin
4. April 30 April 2024 Selasa 30 Mei bersamaan dengan hari pesta kaamatan

01 Jun bersamaan pesta hari Gawai

5. Mei 24 Mei 2024 Jumaat 17 Jun 2024 bersamaan hari raya Qurban
6. Jun 11 Jun 2024 Selasa
7. Julai 01 Ogos 2024 Khamis
8. Ogos 30 Ogos 2024 Jumaat
9. September 01 Oktober 2024 Selasa
10. Oktober 25 Oktober 2024 Jumaat 31 Oktober bersamaan hari Deepavali
11. November 29 November 2024 Jumaat
12. Disember 19 Disember 2024 Khamis 25 Disember bersamaan hari Krismas





Capture 1 1024x405 1

Baca Juga: Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3 Mula Dikreditkan Secara Berperingkat

Inisiatif Baharu PERKESO 2024

Menurut Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, RM200 juta disalurkan ke PERKESO untuk laksanakan 6 inisiatif serta tambahan 3 inisiatif baharu.

Tarikh Bayaran PERKESO 2024 1024x1024 1

Sembilan (9) inisiatif untuk dilaksanakan oleh PERKESO di bawah Belanjawan 2024 adalah seperti berikut:

  1. Siling Gaji Baharu untuk Akta 4 dan Akta 800 (Inisiatif Baharu).
  2. Memudahkan Integrasi Kumpulan Sasaran ke dalam Sektor Awam (Inisiatif Baharu).
    Skim Sokongan Pekerjaan di Sektor Swasta bagi Bekas Banduan, Orang Kelainan Upaya (OKU), Warga Emas
  3. dan Pesara (Inisiatif Baharu).
  4. Geran Padanan Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) (Inisiatif Lanjutan).
  5. Program Latihan Bina Kerjaya PERKESO (Inisiatif Lanjutan).
  6. Pembiayaan Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) (Inisiatif Lanjutan).
  7. Pusat Penempatan dan Penerokaan Kerjaya Kebangsaan (Inisiatif Tambahan).
  8. Geran Eksplorasi Kerjaya (Inisiatif Tambahan).
  9. Program Saringan Kesihatan PERKESO (Inisiatif Tambahan).

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Bayaran PERKESO Bulan Ogos 2024

Bagi anda yang inginkan maklumat tambahan berkenaan jadual pembayaran PERKESO dan Pencen ILAT 2024 ini anda boleh terus ke laman rasmi PERKESO di sini.

Leave a Comment