Bantuan eKasih 2024: Cara Mohon & Semakan Pendaftaran

Photo of author

By Admin

Bantuan eKasih 2024: Cara Mohon & Semakan Pendaftaran

Portal e-Kasih merupakan satu portal yang telah diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan negara.

Ketahui Cara Mohon Bantuan eKasih 2024 dan syarat-syarat kelayakan. Ikuti panduan langkah demi langkah untuk mengakses bantuan program pengurangan kemiskinan ini yang ditujukan bagi warganegara Malaysia.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Bantuan eKasih 2024

eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

Ia bagi membantu Kementerian atau Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan. Melalui sistem ini agihan bantuan kepada rakyat miskin juga lebih mudah untuk disampaikan.

EKASIH 1

Artikel berkaitan: Subsidi Diesel 2024: Permohonan Bantuan Subsidi Diesel BUDI MADANI

Jenis Bantuan eKasih 2024

Melalui sistem e-Kasih ini, kerajaan akan mengagihkan bantuan kepada individu berkelayakan dengan mudah dan teratur. Berikut merupakan jenis bantuan yang diberikan berdasarkan data daripada eKasih:

1. Sumbangan SARA 2024

  • Jika nama anda tersenarai dalam senarai portal ini anda layak mendapat bantuan sara hidup bsh 2024 sehingga RM1,200 setahun.

2. Bantuan iSuri KWSP

  • Bagi individu yang berkelayakan di bawah sistem ini dan anda tersenarai dalam pengkalan data semakan kwsp suri rumah, secara automatiknya anda selaku isteri akan menerima pembayaran caruman KWSP suri rumah di bawah nama Program Sukarela Insentif (SURI).

3. Bantuan Ibu Tunggal & Warga Emas

  • Banyak bantuan diberikan kepada kelompok ibu tunggal dan orang tua yang berkelayakan berdasarkan senarai nama di bawah sistem semakan e-kasih ini

4. Bantuan OKU & Bantuan Anak Yatim

  • Setiap kali kerajaan mengumuman bantuan kepada golongan oku dan bantuan anak yatim, kebiasaanya mereka akan merujuk kepada senarai nama dalam pengkalan data e-Kasih untuk diberikan keutamaan dalam pembayaran bantuan terlebih dahulu.

5. Bantuan Persekolahan

  • Menjelang pembukaan sekolah, pelajar yang mana nama ibu bapanya lulus semakan e-Kasih 2024 mereka akan menerima bantuan persekolahan

6. Bantuan STR

  • Jika anda berdaftar denga e-Kasih 2024 permohonan STR anda akan lebih mudah lulus. Hanya perlu pastikan anda telah berdaftar untuk bantuan STR sahaja.

Syarat Kelayakan Bantuan eKasih

Untuk memohon, ketua isi rumah mestilah Warganegara Malaysia dengan pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada PGK (Paras Garis Kemiskinan) yang ditetapkan, iaitu bawah RM1500.

Penduduk di perkampungan Orang Asli atau di kawasan pedalaman yang dilengkapi dengan pentadbiran khusus tidak termasuk dalam skop ini. Selain itu, pemohon harus mengisi maklumat dengan lengkap dan tepat.

Cara Mohon Bantuan eKasih 2024

Untuk memohon, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun dan cetak borang permohonan eKasih dari pautan yang disediakan.
  2. Isi borang dengan teliti dan pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat.
  3. Sertakan dokumen sokongan yang diperlukan, termasuk:
    • Kad Pengenalan Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah,
    • Slip gaji atau pendapatan,
    • Pengesahan pendapatan, dan
    • Bil utiliti seperti air dan elektrik.
  4. Hantar borang dan dokumen yang lengkap ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berhampiran.

Semakan Status Permohonan eKasih 2024

Bagi anda yang telah berdaftar anda boleh melakukan semakan status permohonan secara online melalui portal eKasih dengan cara berikut:

  • Layari portal e-Kasih
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda
  • Tekan “Klik untuk carian”

ekasih semakan

Permohonan anda akan melalui beberapa tahap penilaian, termasuk:

  • Disahkan: Bancian lengkap.
  • Disemak: Sedang dalam proses banci.
  • Ditolak: Tidak layak untuk dibanci.
  • Baru/Daftar Terbuka: Permohonan baru diterima.

EKASIH

Anda mungkin berminat: Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ~Ambilan Jun 2024

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment