Terdapat pelbagai jenis bantuan dalam bentuk tunai yang disalurkan kepada rakyat daripada pihak kerajaan pada hari ini.
Salah satunya adalah bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memfokuskan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Berikut kami kongsikan beberapa info penting berkaitan dengan bantuan JKM yang diberikan. Semoga bermanfaat.
Bantuan Bulanan JKM
Pelaksanaan bantuan bulanan JKM ini telah sedia ada sejak dulu lagi dan masih diteruskan sehingga tahun ini.
Terdapat 9 jenis bantuan yang tersenarai dalam bantuan bulanan tersebut termasuklah bantuan kanak-kanak, bantuan anak pelihara, bantuan warga emas dan bantuan am negeri.
_________________________
Info Bantuan Kerajaan Terkini : KLIK SINI
_________________________
Jumlah Bantuan Bulanan JKM
Jumlah bayaran bantuan bulanan adalah berbeza mengikut jenis bantuan dan syarat-syarat yang lain.
Sebagai contohnya, untuk Bantuan Kanak-Kanak maksimum bagi sebuah keluarga adalah RM 1,000 sebulan sekiranya jumlah anak yang layak melebihi daripada yang ditetapkan.
– Bantuan Anak Pelihara – RM250
– Bantuan Warga Emas – RM500
– Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya – RM450
– Bantuan Am Persekutuan – RM100
– Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja – RM300
– Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Kronik Terlantar – RM500
– Bantuan Latihan Perantis – RM200
Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan RM1000
Bayaran bantuan ini akan dibayar setiap bulan kepada individu yang layak.
Bantuan ini sentiasa dibayar pada awal bulan di antara 1 hingga 10 hari bulan termasuklah Julai ini.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang diperlukan adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan yang anda ingin memohon.
Tetapi, syarat kelayakan utama bagi setiap bantuan adalah seperti berikut :
· Warganegara Malaysia
– Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah
– Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
Cara Permohonan Bantuan Kewangan RM1000
Sekiranya anda ingin membuat permohonan, anda boleh terus walk in ke kaunter atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan kawasan anda atau boleh terus layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – klik sini.
Pеnаfіаn
Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.
Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.
Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі сhаnnеl tеlеgrаm t.mе/JawatanMalaysiaTerkini untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.