Bantuan Awal Persekolahan (BAP)-Dalam Belanjawan 2024, Kementerian Kewangan telah memperuntukkan bantuan awal persekolahan 2024 lebih daripada RM788 juta, berbanding RM450 juta pada tahun sebelumnya.
Dalam anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan untuk Kementerian Pendidikan, sejumlah RM788,130,000 diperuntukkan untuk Bantuan Awal Persekolahan 2024.
Ia diharap dapat membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa dan penjaga, serta membolehkan setiap kanak-kanak mendapatkan pendidikan yang mereka layak dapat. Melalui BAP, kita berharap untuk melihat lebih banyak generasi muda Malaysia berkembang dan mencapai potensi penuh mereka dalam pendidikan.
Join Telegram rasmi untuk info bantuan semasa! 👉KLIK SINI👈
Bantuan Awal Persekolah (BAP) 2024
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah satu inisiatif penting yang diperkenalkan bermula tahun 2012.
Tujuannya adalah bagi meringankan beban perbelanjaan pendidikan anak-anak, terutamanya pada permulaan tahun persekolahan.
Untuk bantuan awal persekolahan 2024 diberikan kepada murid-murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang berkenaan, terutamanya kepada keluarga yang berpendapatan isi rumah kasar RM3,000.00 atau kurang. BAP ini merupakan bantuan sekali gus (one-off) yang diberikan dalam bentuk wang tunai.
Tengah Trending :
- Bayaran Bantuan e-Wallet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan
- STR Bujang 2024 : Tarikh & Jumlah Bantuan Bujang Yang Bakal Diterima Fasa 1
- Jawatan Kosong MPM. Pelbagai Jawatan Kosong Dibuka. Gaji Permulaan RM2,188.00
Kadar Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024
Bagi bantuan awal persekolahan 2024, Setiap murid yang layak akan menerima BAP sebanyak RM150.00 bagi seorang anak secara one-off.
Bantuan ini diberikan dalam bentuk wang tunai, dan ia boleh membantu menampung kos awal tahun ajaran seperti pembelian buku teks, alat tulis, dan keperluan sekolah lain.
Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024
Kerajaan Malaysia telah menetapkan beberap syarat untuk dipenuhi sebelum diberikan kepada mereka yang layak. Untuk kelayakan bantuan awal persekolahan 2024 adalah seperti dibawah :
1. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5
2. Warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia).
3. Pendapatan isi rumah kasar bulanan RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan isi rumah kasar adalah pendapatan yang mengambil kira gaji asas dan elaun-elaun yang tetap. Elaun lebih masa dan elaun tidak tetap tidak dianggap sebagai pendapatan isi rumah kasar.
4. BAP boleh diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di pelbagai jenis institusi pendidikan, termasuk Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri, dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Proses Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan
BAP akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus kepada dua jenis akaun:
1. Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah:
Dimasukkan ke dalam akaun KWK sekolah murid-murid yang bersekolah di institusi yang memiliki akaun KWK. Ini membolehkan sekolah untuk menyediakan bantuan dengan lebih cekap kepada murid-murid yang memerlukannya.
2. Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) :
Sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK akan menerima bantuan ini melalui akaun khas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Langkah ini memastikan bahawa semua murid yang layak mendapat BAP akan menerimanya tanpa sebarang masalah.
Barangan yang Perlu Dibeli untuk Awal Persekolahan
Permulaan tahun persekolahan adalah waktu yang sibuk dan memerlukan perancangan yang teliti. Ibu bapa boleh memastikan bahawa anak-anak mereka dilengkapi dengan segala keperluan asas yang diperlukan di sekolah. Di bawah adalah senarai barangan yang perlu disediakan untuk anak-anak:
1. Alat Tulis: Ini termasuk pensil, pen, pemadam, penggaris, dan banyak lagi. Pastikan anak anda mempunyai alat tulis yang mencukupi untuk persediaan aktiviti pembelajaran.
2. Beg Sekolah: Pilih beg yang selesa dan tahan lasak. Pastikan ia cukup besar untuk memuatkan semua buku teks dan alat tulis.
3. Baju Sekolah: Beli baju seragam sekolah tambahan jika perlu. Sebagai langkah penjimatan ibu bapa juga perlu membuat pertimbangan sebelum membuat pembelian.
4. Kasut Sekolah: Pastikan kasut sekolah yang selesa dan sesuai dengan peraturan sekolah. Semak saiz kaki anak anda untuk memastikan kasut yang dipilih sesuai.
5. Lunch Box dan Bekas Minuman: Jika anak anda membawa bekal ke sekolah, pastikan anda mempunyai bekas makanan dan minuman yang sesuai dan selamat digunakan.
6. Peralatan Sukan: Jika anak anda terlibat dalam sukan sekolah, pastikan mereka mempunyai peralatan sukan yang diperlukan seperti kasut sukan, pakaian sukan, dan alat sukan.
Tip Pemilihan Barangan Sekolah Anak
Beberapa langkah dan cara yang boleh ibu bapa lakukan sebelum memulakan pemilihan atau pembelian barangan persediaan sekolah. Berikut adalah dikongsikan cara terbaik dan tip guna bantuan awal persekolahan 2024 yang betul:
• Pastikan untuk memeriksa senarai barangan yang diberi oleh sekolah. Sesetengah sekolah akan memberikan senarai barangan tambahan yang diperlukan oleh anak-anak.
• Pilih kualiti berbanding kuantiti. Lebih baik memiliki alat tulis berkualiti yang tahan lama daripada alat tulis yang murah yang cepat rosak.
• Selalu berkomunikasi dengan guru-guru anak anda. Mereka mungkin mempunyai cadangan khusus atau keperluan tambahan yang tepat untuk persediaan barang sekolah.
• Ajak anak anda untuk memilih barangan mereka sendiri jika mereka sudah cukup besar. Ini boleh meningkatkan rasa tanggungjawab mereka terhadap peralatan mereka yang harus dijaga.
• Pastikan barangan yang diperlukan diperolehi dalam masa yang mencukupi sebelum awal persekolahan. Jangan biarkan perkara yang tidak diingini berlaku semasa hari pertama sekolah.
Pеnаfіаn
Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.
Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.
Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.