Tarikh Bayaran Pencen Bulan Ogos 2024~Bayaran Pencen Pesara 2024

Photo of author

By Admin

Tarikh Bayaran Pencen Bulan Ogos 2024

Untuk makluman, terdapat beberapa pindaan terhadap Arahan Perbendaharaan (AP) 105 mengenai tarikh pembayaran emolumen dan pencen bermula 2022 antaranya kawalan tempoh perbezaan hari maksimum gaji, emolumen boleh dibayar pada hari Jumaat dan lain-lain.

Berikut dikongsikan tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan bagi tahun 2023 dan 2024 yang dimuktamadkan secara rasmi untuk hebahan umum.

Jadual bayaran pencen yang dilampirkan diterbitkan secara rasmi berdasarkan jadual yang diterbitkan oleh Portal Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut adalah jadual bayaran pencen perkhidmatan dan tarikh bayaran bulanan bagi tahun 2024 untuk rujukan dan semakan pesara Perkhidmatan Awam (JPA) atau tanggungan/waris pesara yang layak menerima pencen JPA.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

PKKP 2024

Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) untuk tempoh Januari hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.

Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) yang diumumkan kerajaan adalah inisiatif untuk memastikan pencen dan pencen terbitan diterima golongan sasar itu tidak berkurangan.

Perkara itu susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan itu terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

photo 2024 02 14 19 25 17

photo 2024 02 14 19 25 20

Artikel Trending: Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3 Mula Dikreditkan Secara Berperingkat

Bayaran Pencen 2024





Secara ringkasnya, antara faedah persaraan yang akan diperolehi oleh pesara kerajaan ialah :

  1. Ganjaran Perkhidmatan (one-off).
  2. Pencen Perkhidmatan (bulanan)
  3. Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (one-off).
  4. Kad Pesara – boleh digunakan untuk urusan perubatan dan caj wad percuma (bersamaan dengan kelayakan gred jawatan terakhir) di Hospital Kerajaan, diskaun tambang kereta api, dll.

Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang sepatutnya.

Tarikh Bayaran Pencen Bulan Ogos 2024

Tarikh pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Januari – 19.01.2024 (Jumaat)
  • Februari – 21.02.2024 (Rabu)
  • Mac – 21.03.2024 (Khamis)
  • April – 19.04.2024 (Jumaat)
  • Mei – 17.05.2024 (Jumaat)
  • Jun – 12.06.2024 (Rabu)
  • Julai – 17.07.2024 (Rabu)
  • Ogos – 21.08.2024 (Rabu)
  • September – 20.09.2024 (Jumaat)
  • Oktober – 21.10.2024 (Selasa)
  • November – 21.11.2024 (Khamis)
  • Disember – 18.12.2024 (Rabu)

Jadual Tarikh Pembayaran Pencen 2024

Semakan Penyata Bayaran Pencen Bulan Ogos 2024

Anda boleh semak dan download penyata bayaran pencen dari pautan ini https://apps.jpapencen.gov.my/penyatatabayar atau boleh juga melalui APPS MyPesara.




Sehubungan dengan Program Transformasi Kerajaan Malaysia yang dilaksanakan oleh kerajaan, KWAP telah bertanggungjawab mengambil alih pemprosesan dan pembayaran faedah persaraan daripada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).

Inisiatif ini diharapkan agar menaikkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan dan proses pembayaran faedah persaraan yang lebih cekap untuk membantu pesara.

Senarai Perkhidmatan yang ditawarkan oleh KWAP

  • Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan faedah persaraan;
  • Memproses pembayaran faedah persaraan, termasuk pembayaran anugerah perkhidmatan, pampasan
    cuti, pencen bulanan, faedah pengebumian, bayaran balik tuntutan untuk ubat-ubatan dan peralatan perubatan dan memproses pelarasan pencen;
  • Bayaran lain yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa;
  • Berurusan dengan hutang kerajaan atau potongan faedah persaraan yang diarahkan oleh mahkamah;
  • Memproses bayaran balik kepada institusi atau individu yang dipotong daripada faedah persaraan;
  • Penamatan/penggantungan proses pembayaran pencen
  • Pengurusan Fail Persaraan dan Rekod

Jawatan Kosong Trending: Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Maklumat lanjut Bayaran Pencen Bulan Ogos 2024

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ke pautan rasmi Kerajaan Madani berikut:





Muat turun MyPesara melalui Apple App Store atau Google PlayStore di link berikut:

Leave a Comment