RASMI: STR Fasa 3 Dikreditkan Bulan Ogos Depan!

Photo of author

By Admin

RASMI: STR Fasa 3 Dikreditkan Bulan Ogos Depan!

Bayaran bagi bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini boleh disemak melalui portal MySTR. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif bantuan kewangan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.

Pembayaran STR Fasa 3 bakan dikreditkan tidak lama lagi iaitu pada bulan Ogos secara menyeluruh kepada penerima yang berkelayakan.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Tarikh Bayaran STR Fasa 3 (Isi Rumah)

Bayaran bagi STR Fasa 3 dijangka akan mula disalurkan pada bulan Ogos 2024. Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Berikut adalah tarikh bayaran bagi setiap fasa STR pada tahun 2024:

  • Fasa 1: 29 Januari 2024
  • Fasa 2: 3 April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024

jadual bayaran tarikh str f2

Artikel Berkaitan: Cara Mohon BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel (Persendirian & Pekebun Kecil)

Bagi Fasa 4, kerajaan telah melakukan beberapa pembaharuan dalam Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar serta menyediakan bantuan bakul makanan dan baucar untuk barangan makanan asas.

Jadual Lengkap Bayaran STR Fasa 3 Ogos

Senarai Bank Jangkaan Masa
BSN Selepas 6 Petang
MAYBANK Selepas 9 Malam
BANK MUAMALAT Selepas 10 Malam
AFFIN BANK Selepas 8 Malam
RHB Selepas 9 Malam
CIMB BANK Selepas 9 Malam
BANK ISLAM Selepas 8 Malam
AMBANK Selepas 8 Malam

Kategori Penerima STR Fasa 3

Suka dimaklumkan, kategori penerima STR adalah belia bujang, warga emas dan isi rumah (berkeluarga) dari kumpulan B40 dan M40.

Kadar bayaran pula telah ditetapkan dan berbeza mengikut kategori kelayakan dan bilangan tangunggan anak setiap keluarga.

Jumlah bayaran bantuan tunai akan diumumkan sebelum tarikh pembayaran keluarkan, pihak kami akan kemaskini maklumat terkini STR dari semasa ke semasa.

str 2024 str 2024 str 2024

Kadar Jumlah Keseluruhan Bayaran STR Mengikut Fasa / Kategori:

PENERIMA STR BAGI KATEGORI B40 (ISI RUMAH)

  • RM1,000 – Isi rumah tiada anak (0)
  • RM1,500 – Isi rumah mempunyai anak (1-2)
  • RM2,000 – Isi rumah mempunyai anak (3-4)
  • RM2,500 – Isi rumah mempunyai anak (5 >)

PENERIMA STR BAGI KATEGORI M40 (ISI RUMAH)

  • RM500 – Isi rumah tiada anak (0)
  • RM750 – Isi rumah mempunyai anak (1-2)
  • RM1,000 – Isi rumah mempunyai anak (3-4)
  • RM1,250 – Isi rumah mempunyai anak (5>)

WARGA EMAS & BELIA BUJANG

  • RM350 – Belia bujang berumur 21 tahun keatas
  • RM600 – Warga emas tiada pasangan (60 tahun keatas)

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3 Ogos

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

1.Kredit ke Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima atau pasangan.

2.Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

  • Tiada maklumat akaun bank.
  • Status pengkreditan gagal kredit.

Cara Membuat Semakan MySTR Fasa 3 Ogos

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Sila rujuk panduan berikut untuk membuat semakan:
1. Klik untuk log masuk ke MySTR.
2. Masukkan nombor MyKad pemohon.
3. Pengesahan kata kunci keselamatan.
4. Maklumat yang akan dipaparkan:

  • Nama pemohon
  • No MyKad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)

5. Klik menu “Semakan Pembayaran Fasa 1”.
6. Masukkan kata laluan.

Berikut adalah contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

str 2

Permohonan Baharu & Cek Status Bayaran STR Mengikut Fasa

Sepanjang tahun ini kerajaan telah membuat permohonan baharu, kemaskini maklumat dan semakan status bayaran mengikut fasa kepada rakyat Malaysia. Untuk semakan lebih terperinci sila ke pautan rasmi bantuan STR-KLIK SINI

STR 2024 30112023

Baca Juga: STR Bujang RM350: Tarikh Bayaran & Semakan Kelayakan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM atau rujuk sumber berikut:

Leave a Comment