Ini Cara Buat Pengeluaran Akaun 3 KWSP Buat Yang Tak Tahu

Photo of author

By Admin

Ini Cara Buat Pengeluaran Akaun 3 KWSP Yang Ramai Tak Tahu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan pelan untuk menyusun semula akaun KWSP, yang akan berkuat kuasa bermula 12 Mei 2024. Penyusunan semula ini bertujuan untuk memperkukuhkan jaminan pendapatan selepas persaraan dan memenuhi aspirasi gaya hidup ahli.

Berikut merupakan penerangan lanjut mengenai pengeluaran wang dari Akaun 3 KWSP.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Akaun 3 KWSP

Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut: –

  • Akaun Persaraan (75%) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
  • Akaun Sejahtera (15%) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
  • Akaun Fleksibel (10%) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Artikel Berkaitan: MySTR 2024: Permohonan & Kemaskini Maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Syarat-syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

  1. Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
  2. Belum mencapai umur 55 tahun
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  4. Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

photo 2024 05 12 14 02 31

Cara Membuat Pemindahan Amaun Permulaan ke Akaun 3

Untuk pemindahan dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel) melalui KWSP i-Akaun, ikuti langkah berikut:

  1. Log Masuk ke i-Akaun – Anda akan dibawa ke halaman utama setelah log masuk.
  2. Pilih ‘Ketahui Lanjut’ – Terletak di bahagian atas kiri, untuk mendapatkan info tentang pemindahan.
  3. Baca dan Teruskan – Pahami penerangan yang diberikan, kemudian pilih ‘Teruskan’.
  4. Konfirmasi Pemindahan – Jika setuju, klik ‘Pindah Sekarang’. Ingat, pemindahan ini hanya boleh dilakukan sekali sebelum 31 Ogos 2024.
  5. Semak dan Terima – Lihat jumlah sebelum dan selepas pemindahan, jika setuju, klik ‘Terima’ pada Perakuan Ahli.
  6. Konfirmasi Keputusan – Pilih ‘Ya’ untuk mengesahkan jika yakin dengan keputusan anda.

Proses kelulusan biasanya memakan waktu 3-5 hari bekerja. Pastikan anda memahami setiap langkah kerana ini menyangkut simpanan persaraan anda.

Cara Membuat Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Untuk makluman, setelah anda membuat pemindahan amaun permulaan ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel), anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 3 ke akaun bank anda.

photo 2024 06 22 16 42 58

Cara melakukan Pengeluaran Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel)

  1. Login  i-Akaun.
  2. Klik Pengeluaran.
  3. Klik pada “Keluarkan simpanan anda”
  4. Pilih jenis pengeluaran anda.
  5. Klik Akaun Fleksibel
  6. Jumlah yg boleh dikeluarkan tertera di bahagian kanan atas-“Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”
  7. Klik “Keluarkan Sekarang”.

photo 2024 05 12 14 02 20 photo 2024 05 12 14 02 22 photo 2024 05 12 14 02 24 photo 2024 05 12 14 02 26

Artikel Trending: Bantuan Tambahan STR RM1000: Semak Kelayakan & Cara Mohon

Akaun 55 dan Akaun Emas

Seperti amalan sediakala, kesemua simpanan dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel ahli yang telah mencapai umur 55 tahun akan disatukan ke dalam Akaun 55.

Caruman baharu yang diterima oleh ahli mulai umur 55 tahun akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas.
Ahli boleh mengakses sistem sepenuhnya pada 12 Mei 2024.

photo 2024 06 22 16 05 09 photo 2024 06 22 16 05 13 photo 2024 06 22 16 05 15

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP.

Anda juga boleh dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi KWSP di:

Leave a Comment