Semakan Keputusan SPM 2023 (myresultspm.moe.gov.my)

Photo of author

By Admin

Semakan Keputusan SPM 2023 (myresultspm.moe.gov.my)

Calon / ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024 melalui laman web KPM, iaitu myresultspm.moe.gov.my

Semak keputusan SPM 2023 anda dengan mudah melalui portal myresultspm.moe.gov.my. Dapatkan keputusan peperiksaan, panduan penggunaan portal dan maklumat semakan semula. Akses bermula 27 Mei 2024.

Laman ini membenarkan anda untuk membuat semakan keputusan secara dalam talian dengan mudah. Ikuti langkah di bawah untuk semak keputusan SPM bagi tahun 2023.

Semakan Keputusan SPM 2023

Tarikh Pengumuman keputusan SPM pada 27 Mei 2024 (Isnin).

Tempoh Semakan: 27 Mei 2024, 10:00 pagi hingga 2 Jun 2024, 6:00 petang

Kaedah Semakan Keputusan SPM Melalui Portal KPM (myresultspm.moe.gov.my)

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:

photo 2024 05 27 14 13 36

Pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan pada 27 Mei 2024.

KAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024.

Calon yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau di sekolah yang berdekatan.

KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE

Calon digalakkan untuk menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan https://myresultspm.moe.gov.my/ untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai 10 pagi pada 27 Mei 2024 hingga pukul 6 petang 2 Jun 2024.

photo 2024 05 27 14 15 20

KAEDAH 3 : SEMAKAN SMS

Calon juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

( Contoh: SPM 000527031234 WY189A123 )

Sistem ini akan diaktifkan mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.

photo 2024 05 27 14 15 26

Artikel Berkaitan:

Panduan Gred SPM / UPBA

Berikut dikongsikan juga takrifan gred pada slip keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk makluman bersama.

TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM

Gred Takrifan
A+ Cemerlang Tertinggi
A Cemerlang Tinggi
A- Cemerlang
B+ Kepujian Tertinggi
B Kepujian Tinggi
B- Kepujian Atas
C Kepujian
D Lulus Atas
E Lulus
G Gagal

photo 2024 05 27 14 15 50

CATATAN PENTING KEPUTUSAN SPM

Kategori Keterangan
Digantung Calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
Dibatalkan Calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan “X” dalam slip keputusan peperiksaan.
“T” Calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.

TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPBA (UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA) & PERNYATAAN KEPUTUSAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

photo 2024 05 27 14 15 53 photo 2024 05 27 14 15 55

Semak Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia

Sistem e-Lembaga Peperiksaan (ELP) (https://ecentral.my/e-lembaga-peperiksaan-malaysia-elp/) akan dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia.

Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.

photo 2024 05 27 14 42 08

Berikut adalah langkah untuk membuat semakan semula keputusan peperiksaan anda:

  1. Semakan semula keputusan dibuka mulai 27 Mei hingga 26 Jun 2024 (30 hari)
  2. Sila layari laman web https://elp.moe.gov.my atau gunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
  3. Klik pada permohonan semakan semula keputusan
  4. Buat pembayaran bagi melengkapkan proses permohonan anda. Bayaran adalah RM100/matapelajaran
  5. Selesai.
  • Jika keputusan kekal, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
  • Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu hubungi SUP dan calon persendirian perlu hubungi SPP, JPN untuk slip baharu

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Penggunaan portal ini tidak hanya memudahkan proses semakan tetapi juga membantu dalam memastikan keputusan SPM dapat diakses dengan segera dan efisien. Pastikan anda mengunjungi portal semakan keputusan dalam tempoh yang diberikan dan ikuti semua arahan yang disediakan untuk semakan yang lancar.

Jangan lupa untuk berhubung dengan pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan Malaysia sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan lanjut.

Leave a Comment