Permohonan Guru Sekolah Rendah & Menengah KPM Lepasan SPM Dibuka

Photo of author

By Admin

GURU

[HEBAHAN KHAS] PERMOHONAN GURU SEKOLAH RENDAH & MENENGAH KPM LEPASAN SPM DIBUKA 





PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah program guru tajaan KPM bagi pelajar lepasan SPM. Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2020 Lepasan SPM Di Buka Seluruh Negara. 


Bagi calon lepasan SPM yang ingin membina karier sebagai guru, anda boleh memohon kemasukan ke PISMP 2020.

MAKLUMAT PERMOHONAN PISMP 2020

Permohonan Guru IPG PISMP 2020 akan di buka pada 24 Februari 2020 sehingga 31 Mac 2020. Rujuk iklan permohonan di bawah:Iklan Permohonan Guru Sekolah Rendah Menengah KPM Lepasan SPM di Buka

Iklan Permohonan Guru Sekolah Rendah & Menengah Lepasan SPM 




SYARAT KELAYAKAN PROGRAM GURU TAJAAN KPM :

Terdapat beberapa syarat umum yang perlu dipenuhi pelajar antaranya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun yang dibenarkan permohonan.
  • (Pemohon akan mengetahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan PISMP secara online)
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
  • – Bahasa Melayu,
  • – Sejarah,
  • – Lulus Bahasa Inggeris,
  • – Lulus satu subjek lain.


Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).

Perlu diingatkan Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.

Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:

  1. Sekolah Kebangsaan (SK)
  2. Bahasa Melayu
  3. Bahasa Inggeris
  4. Bahasa Cina
  5. Bahasa Tamil
  6. Bahasa Iban
  7. Bahasa Kadazandusun
  8. Pendidikan Islam
  9. Matematik
  10. Sains
  11. Pendidikan Khas
  12. Bahasa Arab
  13. Pendidikan Muzik
  14. Sejarah
  15. Pendidikan Jasmani
  16. Rekabentuk dan Teknologi
  17. Pendidikan Awal Kanak-kanak
  18. Bimbingan dan Kaunseling



Untuk bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) anda boleh baca di sini.






Leave a Comment