BANTUAN PRIHATIN NASIONAL APRIL & MEI 2020 – Bantuan Golongan B40, Bantuan Golongan M40, Bujang, Pelajar IPT

Photo of author

By Admin

COVID 19%2B %2BBANTUAN%2BPRIHATIN%2BNASIONAL%2B%25281%2529



Tidak dinafikan bahawa penularan wabak Covid-19 yang semakin meluas di Malaysia telah menyebabkan rakyat Malaysia mengalami kesusahan dalam kehidupan harian. Wabak ini bukan sahaja telah menjejaskan kesihatan, malah turut menjejaskan perniagaan dan kehidupan sosial semua masyarakat.


Pada pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri sebentar tadi, Perdana Menteri telah mengumumkan perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat COVID-19 untuk memberi bantuan kepada kehidupan rakyat.

PM baru sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi yang disiarkan secara langsung sebentar tadi,

Bantuan secara one-off ini akan dibayar bermula April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.

Antara Senarai Bantuan Prihatin Nasional




1. Bantuan Kepada Golongan B40

Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah. RM1,000 akan dibayar pada April baki akan dibayar Mei 2020.


2. Bantuan Kepada Golongan M40
Buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak 
RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000.

Dalam pada itu, ianya akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.



3. Bantuan Kepada Golongan Bujang
RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. 

Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. 


Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

4. Bantuan Kepada Pelajar IPT
para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti. 


Sumber : Berita Harian

Leave a Comment