Program Insentif Pengambilan Pekerja Untuk Penganggur. Pelbagai Insentif Yang Diberikan

Photo of author

By Admin

PROGRAM%2BINSENTIF%2BPENGANGGUR%2B2

Utusan daripada Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaparkan bahawa badan kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara ataupun ringkasnya PENJANA.





Dibawah program PENJANA ini merangkumi tiga teras utama iaitu pertama ialah memperkasakan rakyat, kedua pula melonjakkan perniagaan dan ketiga, merangsang ekonomi. Secara keseluruhan terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah PENJANA.


Dalam perutusan beliau, beliau sempat memaklumkan yang kadar pengangguran di negara kita pada tahun ini akan meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 penganggur mengikut jabatan Perangkaan Malaysia.

Untuk menangani situasi ini, kerajaan telah memperkenalkan pakej-pakej rangsangan ekonomi termasuklah PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan yang kesemuanya berjumlah RM260 bilion.

untuk tidak membimbangkan rakyat dengan tekanan yang dihadapi pada saat gusar ini, kerajaan telah memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM 1.5 billion, bakal menggalakan para majikan memberi pekerjaan kepada pengganggur dan belia diluar sana

Dengan ini dianggarkan 300,000 pencari bakal mendapat manfaat dari dua insentif yang bakal dilaksanakan selama enam bulan.

Dua insentif yang diperkenalkan :

1. Menggaji penganggur berusia bawah 40 tahun RM800 sebulan setiap orang dan kedua 2. Menggaji penganggur berusia 40 tahun ke atas serta OKU sebanyak RM 1,000 sebulan.

Elaun latihan sebanyak RM4,000 ringgit juga bakal diberikan kepada pengganggur untuk meningkatan kemahiran dan elaun ini boleh dituntut melaui PERKESO.


Download teks ucapan penuh Perdana Menteri kita sempena perutusan beliau (5/6/2020) :


Sumber : Berita Harian, Oh My Media






Leave a Comment