Permohonan Rumah Mampu Milik Khusus Untuk B40 Dalam Portal TEDUH

Photo of author

By Admin

TEDUH%2B%25281%2529
group%2Bwhatsapp

Jabatan Perumahan Negara telah menyediakan satu platform perumahan Negara untuk memudahkan pemohon untuk meninjau dan memohon rumah khususnya untuk golongan B40.

Portal TEDUH merupakan laman web yang memaparkan maklumat berkaitan projek-projek dan program perumahan awam dan swasta di Malaysia dan menjadi gerbang “One-Stop Centre” kepada pemohon yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Skim Perumahan Dibawah Portal TEDUH

PPAM

Skim PPAM merupakan satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 yang bertujuan untuk membolehkan penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

SPP

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) merupakan skim yang diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah.

PPR Dimiliki

PPR Dimiliki merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan penempatan terancang dan selesa kepada kumpulan sasar iaitu golongan setinggan dan berpendapatan rendah RM3,000 ke bawah. Harga jualan bagi rumah tersebut iyalah RM35,000 per unit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 per unit di Sabah dan Sarawak. Program ini membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah.

PPR Disewa

Program PPR Disewa ini telah diperkenalkan pada tahun 2002 lagi dan ianya bertujuan untuk disewakan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar RM124 sebulan.

PR1MA

PR1MA merupakan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana. Harga rumah PR1MA bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000

Syarat Permohonan Mengikut Skim

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat permohonan bagi setiap Skim Perumahan : 




PPAM

  • Warganegara Malaysia
  • Penjawat Awam
  • Penjawat awam yang berpencen dan kontrak
  • Boleh memohon lebih dari satu projek
  • Moratorium 10 tahun.

Maklumat lanjut mengenai Skim PPAM – KLIK SINI   


SPP

  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun hinggan 70 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
  • Memiliki tanah sendri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

Maklumat lanjut mengenai Skim SPP – KLIK SINI   


PPR Dimiliki

  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Maklumat lanjut mengenai PPR Dimiliki – KLIK SINI   


PPR Disewa

  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Maklumat lanjut mengenai PPR Disewa – KLIK SINI   

PR1MA

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang ataupun berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan
  • PR1MA hanya boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja

Cara Permohonan



Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan TEDUH:-

Pendaftaran Akaun Pemohon

Sebelum permohonan dibuat, pemohon hendaklah memibuat pendaftaran akaun terlebih dahulu. Jika anda pernah mendaftar akaun sebelum ini, pendaftaran tidak perlu dibuat lagi. Berikut adalah langkah ringkas untuk mendaftar akaun pemohon :

1. Daftar akaun di : KLIK SINI     
2. Isikan semua maklumat yang diperlukan (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat E-mel)

Buka Emel  

  • Pastikan emel yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif
  • Pemohon akan menerima emel sejurus melakukan pendaftaran di sprn
  • Klik pautan yang diberikan untuk membuat pengesahan dan pemohon akan diminta untuk masukkan password.
  • Pastikan password yang diisi harus diingat

Pemilihan Skim

1. Pilih skim yang diinginkan (Setakat ini, Skim PPR Dimiliki dan PPR Disewa sahaja yang tersedia)
2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan
3. Isikan semua maklumat yang diperlukan

Dokumen Sokongan

1. Muatnaik semua dokumen yang diperlukan
2. Pastikan dokumen yang dimuatnaik adalah format PDF dan saiz fail tidak melebihi 3MB.

Pengesahan

Setelah muatnaik semua dokumen, pemohon boleh membuat pengesahan permohonan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permasalahan dalam membuat permohonan, sila hubungi :

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4,
62100 Putrajaya

Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200

Emel: [email protected]

MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062

PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384

Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400

Kredit : SalamKerjaya  

Leave a Comment